Friday, January 18, 2013

Cat Women in da house weh ~~!!

Hahaha... kelakar x tajuk entry aku kali ni ??

Tau x 2 hari lepas aku menyaksikan satu kejadian yg agak tragis but not really tragis la..
Okey, situasinya begini,

Petang tu aku decide x mau OT...Tepat pukul 6. Terus blah..dengan santai nya aku memandu sambil menikmati keindahan alam..Tingkap kereta ku buka seluasnya..acah2 naik kereta xda bumbung gituh !!~~

Nak masuk taman perumahan aku kena pusing roundabout dulu..untuk sampai ke roundabout tu aku kena naik bukit guna gear 2... Dalam tgah keretaku memnjat bukit, sempat aku jeling couple tua cina ni tgah berpegangan tangan dan berpakain sukan..hatiku sempat berkata "owhh~~~ so sweet"..dalam aku dok jeling mereka, aku pelik..kenapa dua2 org ni usha satu kereta tu pelik ja..sampai tertoleh ke blakang..aku pun turut memerhati kereta tersebut..apa yg aku nampak " owh, lampu depan kereta tu terjuntai rupanya"

Tappi kereta tu bawak gila laju...sampai kat roundabout, aku dah tgok kereta tu berasap2, lalu hilang kawalan dan "baaaMMMMm"!! terbabas kat tepi jalan, terpanjat sikit laluan pejalan kaki..kereta wira, budah remaja cina yg bawak, dan ada adik yg nampak gaya mcm sekolah rendah lagi..

Dalam aku nak menhampiri roundabout, terdengar "pin!! pin!!"....ada sebuah kereta hon tanpa henti suruuh beri laluan...apa yg terlintas kat fikiran aku ketika itu, "oh, maybe family dia kejar dia, sebab dia merajuk, dan family dia risau lalu kejar kereta anak mereka"

Aku pun bagi la ruang..time tu aku dah masuk roundabout, tp apa yg terjadi > sangkaan aku salah..bukan family dia..entah samseng x cerdik mana, baju tuck in(mcm office attire,dan nampak gaya baru balik kerja mcm aku jugak), menjerit, berlari menuju ke arah remaja cina td...dibelasahnya remaja cina tu sampai terduduk, sambil aku aku tgok adik remaja tu menjerit rayu "sorry bang sorry~~!!" berulang kali...aku time tu g parking tepi sebab niat d hati nak g kat mereka leraikan pergaduhan tu sbb time tu xada org kat situ seingat aku..hanya aku ja yg berhenti..tp mengenangkan aku sorang..maunya dia aim aku lepas ni..buat serang hendap kat rumah aku?? aku batalkan niat tu..apa yg aku buat..dengan mengguna kan suara cat women aku yg ala2 jantan, lalu aku menjerit "woi, sudah la tu woi!! apa ni??! sudah laaa, sudah la!!! ishhh " bila keadaan reda sikit, budak cina tu da lembik dan terduduk kat seat sebelah pemandu yg kebetulan ketika tu terbuka(maybe dia terkejut xcident+kena pukul)..tp pembelasah tu still dok pukul2 beliau..aku time tu memang nyaris nak g marah si pembelasah tu sbb geram tgok dia dok pukul tanpa henti!! x ley bawak berbincang kahh??!!

Lalu aku pun kol shu, bff yg satu taman ngan aku tu, suruh keluar g tempat kejadian..supaya aku boleh meneruskan hasrat aku untuk g jd cat women dan meleraikan pergaduhan tu...tp dia tgah goreng keropok daaaa~~ di dapurrr~~!!

Lalu aku membatalkan niat, dan kelihatan org ramai sudah mula mengerumuni mereka, aku pun apa lagi blah la..g tenang kan hati dan perasaan kat umah shu...wiiiiee..petang tu minum petang di rumah shu...x penah2 sebelum ni aku hadap minum ptg..hahaha

tapi apa yg buat aku berfikir berulang kali sampai hari ni...apa yg menyebabkan pembelasah tu naik hantu pergi kejar dan belasah remaja cina yg nampak gaya mcam baru lepas ambik adik beliau kat sekolah????

kot ye pun kalau budak tu langgar lari, x kan marah sampai macam tu??? dah budak tu terbabas kat tepi, konpem2 la buddak tu x ley lari..so beliau dah dapat org yg langgar lari tu..so heret g balai je la..yg g belasah sampai macamtu skali tu kenapa? betul org tua kata"ikut hati mati" ... budak tu lepas ni konpem benci org melayu sbb yg belasah dia tu org melayu..anggaran umur dlm pertengahan 30an..

people out there, please la..think 1st before do somethings that you will regret later..aku yakin pembelasah tu akan menyesal dan tuhan akan beri balasan yg setimpal...semua benda boleh bawak berbincang kecuali kalo x sembahyang cukup 5 waktu, tuhan di lupakan..haaa! itu la jadinya..iman entah ke mana..baran ja tahu..syaitan mudah rasuk..

aku pun x tahu apa kisah disebaliknya yg berlaku pada mereka tu yg boleh sampai jd kes belasah org ! so apa yg aku cerita ni hanya pengalaman aku 2 hari lepas dan pendapat aku semata2..ok byee..

Hey!! aaku still x mengorat budak tough tu laa... :( nampak gaya melepas laaa... dah la nama sama,, dah sepadan dah~~ ecececeeyy..

Monday, September 3, 2012

Cabut Lari !!

Remember ! Dont try this ever in your life~

Demam Selsema dengan teruk on your 1st day working akan menyebabkan anda mengalami kekeliruan perasaan dan end up with ---> cabut lari pada second half day working! I did that! Basic Salary RM2600 aku lepas seblah mata gitu jah... Stupid Wany ! But No Regret ! I can spend 24/7 with parent after being away from them about 7 years..

Bayangkan aku Demam Selsema dengan teruk pada puasa ke-3, then the whole day tu aku merantau 3 town and making a drama. [Klang - Cheras - Shah Alam]..G cheras untuk luah perasaan kat kezen paling rapat aku..mcm2 pendapat beliau bagi supaya aku x berenti kerja..Tapi oleh kerana aku ni stubborn, x makan saman punya orang, dan suka buat benda suka hati, serta mempuanyai sifat buat keputusan sendiri dengan membabi buta, semua pendapat beliau aku ignore! Sorry Kezen :(

People out there, like my cousin always told me, at least 3 days to give a chance to your soul, body and mind to accept your new work, new people and new environment. After 3 days, still cant go with, just quit!! Me ?? 1 and half day only! And also please remember! Be health on your 1st day working!


Friday, August 31, 2012

Nenek

Aku : Omaigosh!! Mama! stop acting like nenek. Hold your nenek act like, until you get a grandchild~~ You still young!

Mama : hmm..hmmm..hmmm.hmm

Seriously, aku dah cakap kat mak aku dr dulu lagi yg aku patut ambik anak angkat supaya aku boleh jd mummy vouge dan mak aku jadi nenek vouge! T_T

*Dulu yg boleh tercetus ambik anak angkat sbb tgok ummi aida ambik anak angkat, kalo mak aku setuju time tu, mesti anak aku sekarang dah anak teruna/anak dara~` Cuba bayangkan aku dan anak angkat aku berjalan kal mall..sumpah mcm adik kakak!  Fuhhlaaahhmaaakk!!! Fuhhhlahmakk~ Marvelousss!! hahaha

Thursday, August 30, 2012

Danger Habit

AKu mempunyai habit yg sedikit danger time memandu contohnya:

1 - Makan Ice Cream Cup menggunakan kedua-dua belah tangan di jalanraya sambil tekan minyak dengan hebaatnya

2. 'Maa, tolong pegang stereng, kakak nak sanggul rambut dalam tudung ni sat(sambil dua2 belah tangan pegang rambut)"

3. Berpeluk tubuh sambil drive T_T

4. Tangkap gambar sambil drive d highway 100km/h

5. Pakai stokin time drive dalam kesesakan lampu trafik banyak..

Seriously can't control that habit dude !

Kecewa

Di suatu malam,

Aku : Ma, kecewa la kakak macam ni, dah lama kakak cari dia, since lepas SPM, tup tap tup tap..dapat tau dia da bertunang dengan perempuan gedik tu !!! AAaaa my 1st love at 1st sight~~

Mama : xpa la.. biarla mereka bergedik dua-dua..

**Seriously Ma, this is not funny~

Monday, July 2, 2012

Abah

Dear Abah,
Terlalu banyak pengorbanan mu terhadap ku,
Sanggup mengetepikan cita-citamu demi membesarkan ku,
Sanggup besusah payah demi menggembirakan ku,
Sangat memahami diri ku,
Selama ku membesar, abah lah tulang belakang ku,
Di mana aku berdiri sekarang, semuanya dari pengorbanan dan susah payah mu abah,
Dan sekarang, walaupun aku sudah menginjak dewasa, abah masih mengambil berat terhadap ku,
Satu-satunya perkara yang aku paling takut dalam hidup ni adalah, kehilangan mu suatu hari nanti,
Bagaimana harus aku menerima hakikat itu,
Bagaimana aku harus teruskan hidup tanpa mu di sisi,
Bagaimana aku harus hadapi segala rintangan yang mendatang tanpa sokongan mu nanti,
Ikrarku, I will be anything you want me to be, because you have the right to do that.
Abah pernah berkata, impian beliau, ingin punyai anak berjawatan Engineer. Abah sangat cintakan dunia Engineering. Dan. Aku akan cuba yang terbaik untuk memenuhi impian beliau.
Alhamdulillah, sekarang aku dalam proses untuk menjadi seorang Engineer. Itulah hadiah ku untuk insan yg bergelar ABAH. Tapi hadiah yang x seberapa tu masih tidak cukup untuk membalas segala pengorbanan dan susah payah abah membesarkan ku.
I love you so much abah. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat mu. No one!
Ya allah, Ya Tuhanku, kau panjangkanlah umur Abahku, masih banyak perkara yang harus aku lakukan untuk abah dan mama ku.

Kiss and Hug from Kakak.

#Aku harap future husband aku nanti baik macam Abah. Amin.

Friday, June 29, 2012

I LOVE MY BFF

Di saat ni, aku baru ja lepas baca blog Yusrinda, terharu mak !! Kisah aku pun ada..ahahahaha...terus dapat idea nak story apa...

Yusrinda, 
                Siti Zanariah, 
                                       Siti Hajarul Aswani, 
                                                                        Sharifah Sofiah,
                                                                                                   Aishah, 
                                                                                                                Intan, 
                                                                                                                          Norhaffiza 
Nama nama ni adalah merupakan bff aku. Mereka sahabat terbaik pernah aku jumpa.

Susah nak cari real friends mcm mereka ni.

Sebenarnya aku terlupa sama ada aku dah ucap thanks atau belum. Tempoh hari cermin kereta aku pecah kat highway Sungai Bakap, Penang, so Yus and Zana banyak membantu aku. Thanks a lot to them for helping me even penat baru balik kerja. kalo x kerna mereka mesti aku dah kena kencing dengan macha workshop tu~~ memang kawan yang setia...kawan susah dan senang aku(betul ke ayat ni) thanks to my parents too.. rasa mcm useless gila, sebab asyik susahkan parents aku lately..hmmm..must do something to make them happy..love them so much..

and you know what????!!!. Aku drive balik Kedah tanpa cermin, dan pakai shades malam2..awesome dude !! hahaha..

Sampai kat Sungai Petani, ada plak polis buar roadblock..d gagau2 nya cermin aku sampai ke dalam

Eh, Eh, mana cermin ??
Owh, Cermin saya pecah, ni nak p simpan rumah sedara, yang kat depan tu kereta abah saya.
Ok, hati2 bawak malam2 ni..
#aku berinteraksi pakai cermin depan tu k, hahaha, xpayah susah2 bukak cermin tepi..sumpah cool !

nasib baik x kena tahan, abang polis yang comel tu sangat baik..hehehe...malam tu memang banyak jugak abuk masuk mata, ialah, aku bukak shade bila sampai kat tempat2 cerah, malu nnt orang usha pelik..Esoknya tu aku g cek kat doktor pakar mata kot2 ada kaca2 kecik sesat masuk mata. dan doktor tu cakap, mata aku okey, dan kalao kaca kecik masuk pun dia akan keluar sendiri. Malam sebelum tu aku punya la takut nak tido, takut time pejam mata, kaca2 sesat yg ada dalam mata aku tu akan ke belakang bebola mata dan memotong semua urat2 mata DAN lepas tu aku akan bangun dalam keadaan BUTA..oh my..hebat x imaginasi aku?? padahal ok ja pun aku bangun pada keesokan harinya tu..

hehe..itu ajalah ceritanya..otak dah berkecamuk..x boleh pikir dengan baik..#tiba2 kena cancelkan trip ke Australia gara2 baru dapat kerja dan family suruh fokus kerja baru tu dulu... aaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
tension aku !!!!!!!!!!!!!!!!!