Monday, September 3, 2012

Cabut Lari !!

Remember ! Dont try this ever in your life~

Demam Selsema dengan teruk on your 1st day working akan menyebabkan anda mengalami kekeliruan perasaan dan end up with ---> cabut lari pada second half day working! I did that! Basic Salary RM2600 aku lepas seblah mata gitu jah... Stupid Wany ! But No Regret ! I can spend 24/7 with parent after being away from them about 7 years..

Bayangkan aku Demam Selsema dengan teruk pada puasa ke-3, then the whole day tu aku merantau 3 town and making a drama. [Klang - Cheras - Shah Alam]..G cheras untuk luah perasaan kat kezen paling rapat aku..mcm2 pendapat beliau bagi supaya aku x berenti kerja..Tapi oleh kerana aku ni stubborn, x makan saman punya orang, dan suka buat benda suka hati, serta mempuanyai sifat buat keputusan sendiri dengan membabi buta, semua pendapat beliau aku ignore! Sorry Kezen :(

People out there, like my cousin always told me, at least 3 days to give a chance to your soul, body and mind to accept your new work, new people and new environment. After 3 days, still cant go with, just quit!! Me ?? 1 and half day only! And also please remember! Be health on your 1st day working!


Friday, August 31, 2012

Nenek

Aku : Omaigosh!! Mama! stop acting like nenek. Hold your nenek act like, until you get a grandchild~~ You still young!

Mama : hmm..hmmm..hmmm.hmm

Seriously, aku dah cakap kat mak aku dr dulu lagi yg aku patut ambik anak angkat supaya aku boleh jd mummy vouge dan mak aku jadi nenek vouge! T_T

*Dulu yg boleh tercetus ambik anak angkat sbb tgok ummi aida ambik anak angkat, kalo mak aku setuju time tu, mesti anak aku sekarang dah anak teruna/anak dara~` Cuba bayangkan aku dan anak angkat aku berjalan kal mall..sumpah mcm adik kakak!  Fuhhlaaahhmaaakk!!! Fuhhhlahmakk~ Marvelousss!! hahaha

Thursday, August 30, 2012

Danger Habit

AKu mempunyai habit yg sedikit danger time memandu contohnya:

1 - Makan Ice Cream Cup menggunakan kedua-dua belah tangan di jalanraya sambil tekan minyak dengan hebaatnya

2. 'Maa, tolong pegang stereng, kakak nak sanggul rambut dalam tudung ni sat(sambil dua2 belah tangan pegang rambut)"

3. Berpeluk tubuh sambil drive T_T

4. Tangkap gambar sambil drive d highway 100km/h

5. Pakai stokin time drive dalam kesesakan lampu trafik banyak..

Seriously can't control that habit dude !

Kecewa

Di suatu malam,

Aku : Ma, kecewa la kakak macam ni, dah lama kakak cari dia, since lepas SPM, tup tap tup tap..dapat tau dia da bertunang dengan perempuan gedik tu !!! AAaaa my 1st love at 1st sight~~

Mama : xpa la.. biarla mereka bergedik dua-dua..

**Seriously Ma, this is not funny~

Monday, July 2, 2012

Abah

Dear Abah,
Terlalu banyak pengorbanan mu terhadap ku,
Sanggup mengetepikan cita-citamu demi membesarkan ku,
Sanggup besusah payah demi menggembirakan ku,
Sangat memahami diri ku,
Selama ku membesar, abah lah tulang belakang ku,
Di mana aku berdiri sekarang, semuanya dari pengorbanan dan susah payah mu abah,
Dan sekarang, walaupun aku sudah menginjak dewasa, abah masih mengambil berat terhadap ku,
Satu-satunya perkara yang aku paling takut dalam hidup ni adalah, kehilangan mu suatu hari nanti,
Bagaimana harus aku menerima hakikat itu,
Bagaimana aku harus teruskan hidup tanpa mu di sisi,
Bagaimana aku harus hadapi segala rintangan yang mendatang tanpa sokongan mu nanti,
Ikrarku, I will be anything you want me to be, because you have the right to do that.
Abah pernah berkata, impian beliau, ingin punyai anak berjawatan Engineer. Abah sangat cintakan dunia Engineering. Dan. Aku akan cuba yang terbaik untuk memenuhi impian beliau.
Alhamdulillah, sekarang aku dalam proses untuk menjadi seorang Engineer. Itulah hadiah ku untuk insan yg bergelar ABAH. Tapi hadiah yang x seberapa tu masih tidak cukup untuk membalas segala pengorbanan dan susah payah abah membesarkan ku.
I love you so much abah. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat mu. No one!
Ya allah, Ya Tuhanku, kau panjangkanlah umur Abahku, masih banyak perkara yang harus aku lakukan untuk abah dan mama ku.

Kiss and Hug from Kakak.

#Aku harap future husband aku nanti baik macam Abah. Amin.

Friday, June 29, 2012

I LOVE MY BFF

Di saat ni, aku baru ja lepas baca blog Yusrinda, terharu mak !! Kisah aku pun ada..ahahahaha...terus dapat idea nak story apa...

Yusrinda, 
                Siti Zanariah, 
                                       Siti Hajarul Aswani, 
                                                                        Sharifah Sofiah,
                                                                                                   Aishah, 
                                                                                                                Intan, 
                                                                                                                          Norhaffiza 
Nama nama ni adalah merupakan bff aku. Mereka sahabat terbaik pernah aku jumpa.

Susah nak cari real friends mcm mereka ni.

Sebenarnya aku terlupa sama ada aku dah ucap thanks atau belum. Tempoh hari cermin kereta aku pecah kat highway Sungai Bakap, Penang, so Yus and Zana banyak membantu aku. Thanks a lot to them for helping me even penat baru balik kerja. kalo x kerna mereka mesti aku dah kena kencing dengan macha workshop tu~~ memang kawan yang setia...kawan susah dan senang aku(betul ke ayat ni) thanks to my parents too.. rasa mcm useless gila, sebab asyik susahkan parents aku lately..hmmm..must do something to make them happy..love them so much..

and you know what????!!!. Aku drive balik Kedah tanpa cermin, dan pakai shades malam2..awesome dude !! hahaha..

Sampai kat Sungai Petani, ada plak polis buar roadblock..d gagau2 nya cermin aku sampai ke dalam

Eh, Eh, mana cermin ??
Owh, Cermin saya pecah, ni nak p simpan rumah sedara, yang kat depan tu kereta abah saya.
Ok, hati2 bawak malam2 ni..
#aku berinteraksi pakai cermin depan tu k, hahaha, xpayah susah2 bukak cermin tepi..sumpah cool !

nasib baik x kena tahan, abang polis yang comel tu sangat baik..hehehe...malam tu memang banyak jugak abuk masuk mata, ialah, aku bukak shade bila sampai kat tempat2 cerah, malu nnt orang usha pelik..Esoknya tu aku g cek kat doktor pakar mata kot2 ada kaca2 kecik sesat masuk mata. dan doktor tu cakap, mata aku okey, dan kalao kaca kecik masuk pun dia akan keluar sendiri. Malam sebelum tu aku punya la takut nak tido, takut time pejam mata, kaca2 sesat yg ada dalam mata aku tu akan ke belakang bebola mata dan memotong semua urat2 mata DAN lepas tu aku akan bangun dalam keadaan BUTA..oh my..hebat x imaginasi aku?? padahal ok ja pun aku bangun pada keesokan harinya tu..

hehe..itu ajalah ceritanya..otak dah berkecamuk..x boleh pikir dengan baik..#tiba2 kena cancelkan trip ke Australia gara2 baru dapat kerja dan family suruh fokus kerja baru tu dulu... aaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
tension aku !!!!!!!!!!!!!!!!!



Thursday, June 28, 2012

Keluhan

21 June 2012

Hari ni, 1st day aku masuk kerja as Quantity Surveyor. Sepatutnya aku kena masuk kerja 20hb, tapi aku meroyan x mau pergi dengan alasan, aku x suka kerja tu sebab kerja tu aku x suka dan bukan bidang aku, aku blaja Civil Engineering dan Quantity Survey ni aku  di ajar x mendalam sangat, sebab ia ada jurusan khusus untuk QS ni. Kalo aku ambik Degree in Quantity Surveyor ok la kan..ni x..lagi satu gaji yg d beri x berpatutan..bukan demand tapi kalo ikut rate dalam jobstreet, fresh graduate degree engineer mcm aku ni boleh dapat 2 kali ganda dr gaji yg di tawarkan oleh syarikat ni.

Masa hari pertama masuk, seharian aku bergenang air mata coz I hate it so much. Dalam hati memg x suka langsung! Balik2 terus buat drama! Menangis macam orang gila. Parking merata. mula2 parking kat depan kedai kunci, pastu cakap ngan mama sambil sedu sedan. pastu ada org parking kat sebelah kereta. Untuk elak org pikir bukan2 aku pun drive balik. On the way balik, kat trafik light, bapak aku kol, kat situ air mata aku dah mengalir2 tanpa henti, minah kilang dalam bas usha aku semacam, sampai tertoleh ke belakang(bas beliau mendahului aku). Itu samada beliau ingat aku ini artis pujaan beliau atau aku nampak sangat stylist dengan shades aku atau dia memang nampak aku menangis! hahaha

pas dah dekat nak sampai kat rumah, bapak aku kol lagi, ia la beliau pun risau kot2 aku buat bukan2 time tekanan camtu, hmm x patut buat bapak aku risau :( .

Hari Kedua dan seterusnya

Feel better, aku da dapat rentak kerja aku, dan aku makin selessa dengan kerja aku, dan aku dah nak berenti pun sebab dapat offer keja yg lagi massyuukk !~ Alhamdulillah

Sebelum aku keluar dari ipoh. Aku nak jalan puas2. Kaki explore mcm aku ni memg kena la. Ipoh sebelum ni memg aku x penah jejak langsung. So aku ambil kesempatan ni untuk mengenali ipoh dengan g melawat tempat2 yg feemess kat sini. Hidup sorang2 di negeri orang with no relative and friends x la teruk sangat. As long as you brave, independent, strong heart, like to try new things and friendly tu dah cukup baik. Sejak akhir2 ni aku rasa aku semakin adventurous. Aku redah Ipoh gitu ja with no fear. Bahaya betul kan? hmm
Ada gps boleh la ckap with no fear...hhahaha..bateri habis terus balik rumah..betul! aku redah Ipoh pakai gps ja suma.  =D

#Semalam kecewa bila dapat tahu budak yang aku suka tu suka kat org lain..hmm dok melepas macam tu jee  leee aku ni.. Entah bila nak jumpa jodoh aku...tapi melalui pemerhatian aku, kami gila banyak instinct okey! sixth sense aku x penah salah..hmm ntah la..tunggu dan lihat je leeee nampaknyeee... Lepas kecewa camtu terus aku bertekad nak buang jauh2 feeling cinta, jatuh hati etc ni..nak fokus kerja, live andd making a lot of money!

Monday, June 18, 2012

Pray for me pls~

The only one that I hope is I can get the job that I really want which is Engineer. I dont care Engineer Kumbahan or whatever. As long as there have a word - ENGINEER.

Sunday, June 10, 2012

Impian Tercapai

9 JUNE 2012

Xkan ku lupa date ni. Haa laa, td chek p audition Masterchef k! Walopon x terpilih [kecewa :( ] aku tetap puas hati sebab impian aku untuk merasa audition Masterchef tercapai. Macam mimpi, Chef Zubir dan Chef rasa makanan I . U all ado ?!! hehe..dan macam mimpi jugak aku g audition..belum pernah mana2 family aku atau sedara mara g audition. Orang ckap "belum cuba belum tau, bila dah cuba baru tau". Hehe.

 Actually, kawan baik aku Jard and mak beliau pun join jugak audition ni dan mereka terpilih. I'm happy for them! Memang di akui, mereka pandai masak, tiap kali aku g rumah mereka pasti ada makanan enak di jamu dan aku suka masakan mereka yg nyummehh tu. Ewah ayat aku.Bahasa buku. NAAHHHAAI~~

Mel la aku crita sikit bagaimana keadaan aku time g audition tu.

Aku sebenarnya target nak g awal, pukul 7am dah bertolak dari rumah dan bangun pukul 6am. Almaklumla, jarak rumah aku ke Hotel Bayview Penang tu memakan masa 1 jam 30 minit. So tolak sesat dan terlajak2 jalan. dalam pukul 9 boley la sampai. Dan aku bangun pukul 8.00am @_@. Kelam kabut aku. Thanks to my brother sebab sudi teman kakak beliau yg agak huru hara ni..haha..
Resepi last minit decide, pukul 10 baru start buat then pukul 5 baru dok isi borang pendaftaran yg soalannya panjang berjela..aku jawab ikut sedap hati aku jah!

Salah satu soalannya, apakah situasi yg paling sukar anda pernah alami? Tahu apa aku jawab? = Meluahkan perasaan kepada prince charming yang saya suka dia..haha..crazy girl!

Berbalik kepada cerita, bila dah sampai, aku pun g la daftar, kemudian di soal samada aku ni pernah kerja dengan kulinari atau tidak. you know what?! kalo berniaga goreng popia ke char keow teow pun x boleh k.gila straight. Kesian sorang pak cik tu, da bawak makanan bagai then x boleh masuk. Kecewa ja aku tgok beliau.

Bila da daftar, peserta diminta masuk dalam satu bilik. Kat situ tempat semua peserta berkumpul dan menunggu giliran g plating. Elok2 duduk, abang kamera datang zoom aku. Seriously?! haha..aku pun pose senyum ja lah. Then he said tQ. Auw..rasa mcm artis. Before plating time, peserta diberi masa untuk panaskan makanan guna microwave.

Dalam bilik plating, 10 orang peserta akan masuk . No bertuah aku 0052. So apabila tiba masanya No 0051- 0060 diminta masuk. X berdebar langsung! Masa buat, aku bawak keluar semua barang2 aku atas meja. Dan d beri masa hanya 5 minit untuk plating. Argh. time ni aku menggeletar gila sebab takut x cukup masa. dan memang pun! Aku x sempat kemas meja, aku rasa meja aku paling SEPAH. Pastu Chef Zubir suruh kemas2 dulu. AAaaaaaa!!! MALU gila !! Time aku menggeletar tu, boleh plak abang kamera tu dok fokus then cakap 'senyum sikit, senyum sikit, haaa, ok' ..haha..sekali lagi aku rasa mcm artis..Nak tau nama masakan aku? Nama masakan aku "Puding kastard ala santai" hahaha..Sebenanya aku nak letak "puding kastard si dara bujang" haha..mcm over la so x jadik..

Bila chef dah rasa semua makanan, dan tanya2 soalan pada semua peserta. Beliau pun g discuss lam 5 miinit kat luar. Time tu abang2 kemera, light, director semua serbu masuk, rasa makanan kami semua..haha..entah apa rasa la makanan aku sebenarnya..hehe.. Abang kemre tu (lagi), berdiri lama rasa makanan i..owh~~

Bila masa pengumuman, they said "action"(dapat merasa shooting mcm mana dalam audition masterchef ni) , chef Zubir pun mengumumkan peserta yg berjaya ke second stage. Dan nak buat mcam mana, xdak rezeki, aku x berjaya, maybe sebab meja bersepah, dan aku ada jawab salah masa di soal. Tidak mengapa pengalaman mengajar kita dan ada hikmah di sebaliknya. Dan aku cool ja bila nama x d sebut, ya lah, tengah recording x kan nak buat muka cacat kot,kot2 kuar tv nnt malu..hehehe..akak sebelah aku tu masam ja muka.ialah, beliau dari perlis bertolak pukul 5am g audition, pastu x dapat, kecewa teruk agaknya..

Untuk menggembirakan hati aku yang kecewa, aku pun g la shopping kat Plaza Gurney, serta jalan2 sampai kaki kejang.

The End




Tuesday, May 29, 2012

Heaven !! La La Laaahhh !!

Best gila dah abes belaja k...hari2 kenyang..tido perut full bangun pun still full..indahnya dok rumah...kalo dok hostel masa merantau jauh dr family..makan kais tgahari ngan malam je ok..kadang2 gabung lunch and dinner...kesian..perut sendiri x jaga..

Tapi sekarang dah dok rumah..aku boleh makan apa saja...bukak peti ais, mcm2 buah buahan ada..mak aku bula rajin masak..aku lapar ja..ada ja makanan kat dapur..i love u mommy !! hari ni pulak, senggugut seharian..bubur la..sup ayam la..milo panas.. mommy u the best..

Lepas sembuh ni, tiba masanya aku pulak masuk dapur..mak aku dah boleh la kot goyang kaki dan mark paper student beliau dengan tenang..sebelum ni x sempat tolong beliau kat dapur sebab aku bz organize barang2 yg aku bawak balik dari hostel tu..bapak banyak gileerrrhhh weh...mcm aku ni pindah dari mna ntah..ni ada lagi seguni kasut, seguni etc dan sekotak printer dalam kereta...damn banyakkan?? barang yg aku x sempat nak organize pun banyak ag..suma letak dalam bilik brother aku..kompem bising bila beliau balik nnt..hahaha..bilik beliau totally mcm bilk stor..bagasi baju still x organize lagi..almari dah pack gila..tu aku letak dalam bilik sister aku..haha..see..betapa banyaknya barang aku..oh M G...dekat hall ada kotak buku yg ntah x tau nak sumbat kat mna..dua almari buku dalam rumah aku ni dah full!!

**aku dah tekad nak tambah satu tingkat lagi rumah aku..buat bilik membaca yg penuh dengan rak buku..dan buat bilik yg penuh ngan almari baju..dan bilik etc. (Ya Tuhan, murahkanlah rezeki aku)

kerja x dapat lagi~~ :-(

Wednesday, May 2, 2012

The worst pain ever !!!

Khamis (26 April 2012)
6.30pm  
Bangun tdo terus rasa sakit pinggang..sakit time tu rasa macam senggugut..felt like the blood stuck  in the middle of their way..rasa ngilu gila time tu... sakit dia sampai terduduk2 aku tahan sakit...time tu da fikir apa da jadi ngan organs system aku..lepas aku sapu minyak, sakit pinggang tu makin hilang dan lega..tapi lepas tu pindah ke pundi kencing aku pulak..rasa ngilu..

9.00pm
Still sakit lagi kat pundi kencing..i kept drinking water that time..but the result..sikit ja air keluar bila g toilet...then i started to worried... do some google..and found out something..itu tanda2 batu karang or jangkitan kuman d pundi kencing..

11.00pm
Actually that time maxis baru barred aku punya line so aku hanta la mesej guna celcom broadband kat laptop suruh mak and bapak aku kol balik..lama tunggu x kol..then hantar lagi sekali..adik aku kol..that time makbapak aku dah tdo plak..baru nak gtau keadaan aku..memandangkan keadaan masih terkawal aku buat keputusan untuk tidak mengganggu parent aku yg tgah tdo tu dan ngadu kat adik aku ja sambil sebak2..

Friday (27 April 2012)
12.00am
Aku memaksa diri untuk tidur. Walaupun keadaan diri yg sangat x selesa.

3.30am
Aku terbangun sebab badan aku dah sangat x selesa dan sakit sangat di bahagian pundi kencing. Aku menghitung masa untuk sampai ke pukul 10..sebab time tu klinik yg aku nak g dah bukak..

4.00am
Dah x tahan rasanya sakit aku. Gagahi men'google' cari hosptal or klinik yg bukak awal  or 24 hour kat area bangi..actually aku boleh ja g Hospital Serdang yg dekat sgt dengan kolej aku dan ambulances hospital tu hari2 aku dengar siren dia lalu depan kolej aku..tapi aku tidak percaya dengan hospital kerajaan..dulu masa aku kena operate apendik pun aku g swasta..3 hari stay kat RM4000 bapa aku bayar..sedara aku sibuk tanya kenapa x g hospital kerajaan..

jawapannya- sebelum aku kena apendik, kawan aku dah kena dan beliau g hospital kerajaan,operate beliau dilakukan oleh doktor practikal dan nurse practikal..the result..x lama lepas tu..jahitan yg hampir sejengkal beliau menanah dan di proses jahit semula..parut dia masyaallah..besar dan lebar..kesian dia..itu yg buat aku xmau langsung hospital kerajaan..Lagi satu org kampung aku, agak tua la dalam pertengahan 50an, selalu mengadu sakit perut dan g check kat hospital kerajaan dan doktor bagi ubat gastrik..perkara tersebut berulangkali berlaku dan doktor hanya bagi ubat yg sama GASTRIK.. last-last ahli keluarga beliau x puas hati bawak jumpa doktor pakar dan bammm !!! barah perut tahap 4 !!! dah arwah pun makcik tu..aku sempat g melawat ngan mak aku2 hari sebelum beliau meninggal.. Al - fatihah..sebab tu lah aku takut nak g hosp. kerajaan...bukan nak memburukkan atau memperleceh tapi benda dalam perut ni jgn buat main2..kalo sakit luar sperti luka, asma boleh la lagi aku g hospital kerajaan..kalo dalam2 perut ni aku akan cari yg betul2 pakar dan terbaik untuk diri aku..duit perkara kedua..

So back to story, so aku tgok lam google, Hospital An Nur bukak 24hr..dan klinik yg aku nak g tu - Klinik Shamsiah bukak pukul 8. so aku cadang nak g klinik Shamsiah..sebab aku dah penah g situ..

4.45am
Sakit masih lagi berlarutan..aku mula terpikir, memang x boleh tunggu sampai pukul 8 Klinik Shamsiah bukak nih..ni memang kena g Hospital An Nur nih so kena tunggu gate hostel bukak, pukul 6 x silap aku gate hostel bukak. So aku get ready barng..mcm pack baju2..kot2 kalu kena masuk hospital senang nnt aku suruh sapa2 ambik..asignment aku dah letak satu tempat supaya senang nnt aku bgtau kat member aku ambikkan..

5.50am
Time ni aku dapat rasakan yg pundi kencing aku dah x dapat menampung air kencing yg banyak..so dia menyembur ke atas balik dan aku rasa mcm panas terbakar bahagian abdomen dan bammm !!! dia tangkap pinggang aku balik..itulah kemuncak sakit dia..alhamdulillah aku menggagahi ambik air sembahyang..time tu kaki dah x boleh angkat tinggi2..aku sembahyang subuh dalam keadaan yg sgt2 sakit..lepas sembahyang aku terjelepuk kat tengah bilik x boleh bergerak..sebab terrrrlllalluu sakit !!..tuhan saja yg tahu...time tu aku pandang siling bilik aku kot2 nampak malaikait nak ambik nyawa aku..kot2 ada nampak cahaya mati..tapi..serius aku rasa mcm nak mati dah time tu..tapi aku x nampak apa2..nyawa aku panjang lagi...aku capai laptop atas katil dan phone dihujung kepala..aku cuba ingat sapa aku patut kol time subuh2 ni..aku ingat kezen aku yg selalu keja shift tu..pukul 6 memang kompem dia dah jaga..aku hantar mesej kecemasan..x reply...hantar kat parent..xreply..hantar kat member aku..boleh plak reply mesej balik tanya ni siapa..padahal dalam mesej kecemasan tu aku dah cakap nama aku dan mintak tolong kol aku cepat..memng la aku hantar guna no broadband yg mana no tu tiada dlm  list contact mereka,,tapi kalo dah ayat kecemasan macm tu perlukah nak reply2 mesej tanya kepastian ??? oh..manusia,,

6.20am
lepas member aku kol, dia ckap dia kat luar so x boleh tolong aku..aku dah memng x tahan sgt..aku bersiap..aku ambik charger henpon, sebotol air dan dompet serta kunci kereta lalu menuju ke bawah...dalam keadaan tehuyung hayang dan terbongkok2 tahan sakit aku gagahi berjalan...sampai bawah dalam kereta..menenangkan diri untuk drive..bapak aku kol..agaknya dia baru bangun dan baca mesej emergency aku..aku cakap
"Abah tolong kakak, kakak sakit sangat ni" lam nada suara merayu..(bila pikir balik mcm drama..hihi)
bapak aku dah gelabah pastu dia pas kat mak aku..masa tengah cakap ngan mak aku..aku nak termuntah..agaknya badan aku dah xdapat tanggung kesakitan tu sampai termuntah2..sambil muntah sambil cakap ngan mak aku. dalam nada cemas, mak aku cakap
"kakak, kakak kena kuat, kakak boleh buat, mama kat sini doa banyak2 moga semua selamat, muntah bagi habih drive elok2, mama letak ni..mama g smayang mintak doa kat tuhan moga kakak selamat!!" serius shit..terharu aku okey..aku memang tahap nazak sorg diri dah time tu..
aku masuk keta..aku kuatkan semangat..aku tarik handbreak dan drive...sek baik kaki yg lemah tu belah kanan..pedal minyak aku x la mcam clutch kena tekan dalam2..aku bawak memang aku drift like a pro time tu...lampu trafik plak cepat ja hijau ja..terima kasih tuhan..kau permudahkan aku..sampai hospital..aku terbongkok2 jalan g receptionist..akak nurse tanya..
"adik senggugut ke?"..

"x saya skit kat pinggang ni x tau kenapa.."
"adik datang sorang ?"
"haaa..sorang"
dalam sepuluh minit chit chat ngan nurse dia suruh aku bagi sample air kencing..aduh..aku time tu dah tahap meroyan tahan sakit..muka berkerut dah tahap habis cacat ! tapi aku sempat tengok cermin lam bilik air dan betulkan selendang aku masa bagi sample air kencing..muahaha ..imej tetap kena jaga beb..

lepas bagi sample aku duduk balik kat kerusi tepi receptionist dan nurse2 tu kol tanya doktor dan bagitau yg patient dah sakit sangat..brapa kali aku lepas nafas Fuh! Fuh! kuat sebab tahan sakit..8 minit camtu nurse bawak aku kat emergency room..bagi aku tido atas katil..nak panjat katil pun satu hal..tinggi kot..1.2meter camtu..aku ngan kaki lemah sebelah..aku pun panjatlaa...
abang nurse datang tanya..aku cakap aku sakit sangat2 bahagian pinggang..x lama lepas tu dr pun datang..

dia tekan2 sikit bahagian abdomen, tanya sikit..dan bagitau aku kemungkinan ada batu karang..then beliau bagi arahan kat abang nurse td..lalu aku pun dicucuk 4 lubang..tangan kanan ambik darah..tangan kiri cucuk untuk bagi ubat tahan sakit..2 lubang x jadi sebab cari urat x jumpa..dan akhirnya cucukan terakhir yg ketiga dapat jumpa urat...time tu rasa sedap ja cucuk..x sakit..lebih rela sakit dicucuk jarum dari menanggung sakit pinggang time tu..tangan2 abang nurse dan doktor sangat magic...selesa ja bila pegang aku..lepas dia cucuk ubat tahan sakit aku dapat rasa ubat tu menjalar dari lengan kiri aku ke atas lengan dan sampai otak..laju ja dia menjalar..lepas tu aku pening2 mcm berkhayal, mabuk mcm tu..aku tanya ngan akak nurse
"ubat ni memang pening eh?"
 akak nurse tu tanya abang nurse
"ko bagi ubat ape ?"
abang nurse bagitau ntah apa nama ntah ubat dia bagi..then akak nurse tu pun ckap
"oh patutlah, adik tido je eh..rehat kejap.."

lam 2 jam aku rehat..pastu nurse datang kejut untuk g buat x-ray..lam terhuyung hayang aku jalan mcm org mabuk aku pun g la xray..abang nurse yg tunjuk jalan aku g xray tu at least papah la aku..dah mcm apa ja aku time tu..betul2 mcm org mabuk yg slalu dalam tv tunjuk tu..

lepas xray..dr. ckap..xray aku x menunjukkan ada batu karang..alhamdullilah..so dia kata kecing kotor..ada bacteria...sebab suka tahan kencing..dan air kencing yg tersimpan lama di pundi kencing membuat kan bacteria air kencing tu having wild party inside..

so jgn lah anda2 semua menahan kencing...sebab kesan yg anda akan alami adalah seperti cerita saya..sakit dia..nauzubillah..tuhan saja yg tahu sampai satu masa tu sakit dia membuat kan aku pandang ke atas dan menunggu nyawa di ambil.. serius...sakit sangat2 okey !!

Sekian

Thursday, April 26, 2012

Plagiarism

Tahun ini merupakan semester terakhir aku di Uniten, Super Senior beb ! dan bila dah Final Year Student ni mesti lah kena buat thesis..setakat ni Alhamdulillah thesis aku berjalan dengan lancar dan lecturer yg merangkap supervisor aku tu sngatlah sporting, friendly dan sedikit gila2..haha..best woo !

Bila dah buat thesis tu mestilah kita akan ambil source from somewhere kan to put in Literature Review..dan yg lecehnya..Semua student wajib masukkan Chapter 1 - Chapter Last dalam satu software ni yg nama nya Turnitin untuk check peratus plagiarism. Seperti yg semua org maklum, copy paste merupakan satu budaya yg semakin berleluasa di kalangan pelajar..termasuklah pelajar kat Uniten ni..sebab tu lah Turnitin ni diwajibkan..

dah la tu..kalo kita masukkan thesis kita dalam Turnitin ni..lecturer boley view result dia plak tu..



before apa2 kes..aku g google plagiarism free checker..dan g check thesis aku kat situ dulu before aku g masukkan kat Turnitin tuh...hahaha..bijak x I...stakat ni check chapter 1 - 45% PLAGIARISM ..


sat noh cek nak p check semua Chapter !! x sabaq nya nak tau result..

Checked - 30% copy paste
Checked - 14% copy paste  http://www.customwritings.com

okey la tu kan.. sekarang tiba masanya nak g check kat Turnitin...Takot !!!

Bismillahirahmanirrahim !!


Monday, April 23, 2012

I Love U Demi !


Still support her, having hard life with eating disorder, she still strong !! Love yaaa Demi Lovato

Jerawaat Ouch !

Tengah berjalan2 seorang diri menuju ke bilik lecturer, aku terserempak dengan sekumpulan rakan2 sekelas ku..aku menegur salah seorang daripada mereka..
Ey!! Cantiknya tudung !!
Lalu beliau tersenyum2, dan tiba2  !! yg si lelaki menyampuk ~~
 Wei !! Jerawat kau dah xde leeee..
lalu aku menutup kedua-dua belah pipi ku...dan menyanyi sambil shuffle
Papa !! kenapa papa jahat !!....

eeeuuwwwwhh..t_T..perlukah ?? propa lebih.. hahaha..

Rakan lelaki lagi alert dengan jerawat aku ??

Alhamdulillah...kondisi kulit muka saya semakin pullih ! lagi sebulan harapannya agar sembuhh sepenuhhnyaa !! (sila baca loghat indon)

Saturday, April 21, 2012

Saturday Morning!

Malam semalam lepas isyak terus aku tido x sedar diri dengan lampu terpasang.. last2 5 pagi gua bangun beb !!
Semayang subuh dan mandi di pukul 6 pagi(siap shampoo rambut lama2 dan siap basuh towel). memang x pernah dibuat aku seumur hidup di waktu2 cuti hujung minggu macam ni dan memang hari ni aku buang tebiat !! 6.30pagi aku goreng cucur udang !!! fullahmak weh..last2 minyak panas terpercik nice punya tempat ! atas jerawat aku !!!! lepas breakfast..aku melantak main game dan tgok cerita korea..

Happy weekend !

Friday, April 20, 2012

Career Fair - Uniten

2 hari lepas aku telah menghadirkan diri ke career fair..almaklumla dah final year studentkan..Aku dapat banyak magazines free, beg free, pen free, buku catatan free dan sabun mandi free.



 Bag free


Magazines, Pen etc. free. 


Career Fair ni sgt2 lah berguna especially org yg mcm aku ni.. lagi sebulan nak abis blaja..dan sekarang aku dah start apply keja.. 

*Magazines yg aku dapat tu sgat2 lah berguna..later aku story k..daa..petg ni ada meeting with lecturer..bosannya..x saba nak end all of this...

Friday, April 13, 2012

Jessie J - Laserlight


Sejak akhir2 ni..penceritaan blog ni boring~ so enjoy this song..

What a feeling !!

2 3 hari lepas aku meroyan with 9 years old memory - 6 7 hari lepas aku menggelupur nak jadi penyanyi - 8 9 hari lepas aku tergolek2 nak jadi rapper - 1 2 minggu lepas aku tergedik2 nak jadi pelakon tersohor..

Actually. .

What the hell is wrong with me ???!!!!!!

dan semalam tgah baring2..aku berangan lelaki hensem dan tiba2 lelaki hensem iteeuuww terkeluar dari dunia imaginasi aku dan sedang duduk bersilang kaki di hujung katil depan aku..sekali imbas aku memandang dan beliau hilang..uhhh..yg pasti aku x sempat tgok muka beliau kerana tiada kepala ??? urhhh damn creepy !!

All this things will happen when u just stay at home 24/7 alone in your room ! im a loner
(Must save money for my vacay ! no shopping no outing no hangout ! just lay on ma bed everyday play game..that's it..u had no life girls and cant wait to work, get paid and get a LIFE)

*I'm scare to face the real life, this student life is so in me...:(

Wednesday, March 28, 2012

Air Trouble

Pabila kipas dibuka ke angka 5, dan anda membuat panggilan telefon akan terhasil dengungan di ruang udara maka ini akan terjadi

Scene 1

Dia : Bucket dia besar
Aku: Buchit dia besar ?? Buchit tu apa ?
Dia: Aku kata bucket..bucket..B-U-C-K-E-T
Aku: owwwhh.. 


Scene 2

Dia : Bla...bla...bla..blaa
Aku : . . . . . .oooo . . . .(sound effect - bunyik cengkerik) 


Scene 3


Dia : ....merecik la hang kalo gitu
Aku : hah ?? mereput ?? kenapa aku mereput ??
Dia : hang ni apa ni ? aku kata merecik !! sound trouble ka ?
Aku : wei..hang cakap berdengung mcm mana aku nak dengaq..sora hang sengau !!! 


Scene 4


Dia : Bla...bla..blaa..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla
Aku : hang ckap apa ni ? Misai hang lindung mulut !! hang cakap bedengungg ja bunyi suma !! haha
Dia :  @#%&* kata kat aku !! kuajaq hang nih!! haha


Alkisimpulannya..bunyi kipas yg ligat berputar mcm helikopter kat bilik aku ni sgtlah hampeh !! Menyembor2 kawan aku cakap..60% dari percakapan nya sebutir haram aku x dengar..

 

Thursday, March 8, 2012

Which one should i..

Once upon the time, ayoyo !!

Pendekkan cerita, having dilema right now.. tetiba entah mengapa diri ini jadi perhatian...muahaha..dah gila kah wei ?.. one cute guy asking me to join his group and one very good girlfriend also asking me to join her group and one smart girlfriend alsoooo asking me to join her group...dalam tiga2 ni..that cute guy..aku x penah bertegur sapa pun..penah skali..tu pun dia yg sapa aku dulu..dan dialah org pertama ajak aku join group dia yang semuanya aku x penah bertegur sapa..lepas dia baru my smart girlfriend tanya then disusuli dengan very good girlfriend..dalam semua2 ni dah tentulah aku akan pilih group smart girlfriend aku ni..tetapi aku dah tersetuju nak group dengan cute guy tu..tapi..sumpah time tu aku blur dan x berperasaan..aku main angguk ja..haish..sekarang aku da bagitau my smart girlfriend nak join group dia..dan dah bagitau my very good girlfriend yg aku x jadi group skali beliau dan yg tinggal..cute guy yg namanya pun aku xtau..haha..over x panggil dia cute..haha..sebab muka bersih dan putih..kena la cute..kalo hitam dan berjerawat baru boley panggil hudoh guy x pon ganas guy ! JERAWAT ?? ohh damn aku terasa..ok bye

**alasan apa nak bagi kat beliau..sumpah kalo aku group dengan mereka aku akan xselesa..almaklumla..org baru kenal..kompem la ambik masa 3 bulan aku nak jadi sewel dengan mereka..susah betul jadi perempuan..masalah kecik macam ni pun kecoh..haishh..

**persoalan: Adakah aku sudah menjadi hot sejak muka berjerawat sebesar penumbuk ini ?? Hahahahahahahahahah...

Tuesday, March 6, 2012

Thaat Giiirll ?!!!!

Her look getting old,
But her style still a killer weapon,
Her brave, her confident still on the top, top,
The way she laugh look like she never have a problem,
She mysterious,
everybody keep looking at her,
She hilarious,
Everybody like her ?!

N.U.R.U.L
When she was 16, she had her first sight love,
Keep dreaming all day long,
Keep waiting, waiting and waiting,
and she got nothing,
At the end of the story,
She just got herself down,

Now, she think,
She must get up, up, up,
and get out, out, out
from her bad dream,


okey..hormon sgt x stabil dan inilah hasilnya.. kalaula masa boleh diputar kembali..akanku putar di masa umurku 16 tahun... akan ku ubah diri ini menjadi berani..

mood: rindu cinta pandang pertama saya :( kalau lah time tu aku ni berani berterus terang dan berani meluahkan perasaan..mesti sekarang minum air guna hidung..TETIBA..ok bye..

Wednesday, February 1, 2012

Miss Lampir

Jangan tekejut tgok kulit muka aku penuh jerawat...im having hard time with pimplessss right now...sumpah pertama kali dalam hidup aku rasa down gila...malu gila nak g kelas bejumpa ngan member2,...nak sembang lama2 pun aku malu takut org usha jerawat aku...bodo betol la...baru aku paham org yg muka berjerawat feeling mereka mcm mana...rasa mcm nak extend semester...semester ni cancel than berubat muka...fashion aku dah x kisah langsung sekarang..pakai mcm clown ja g kelas..maklum la..muka 1st impression manusia ok..then baru style/fashion, last baru hati budi...stylo mna pun muka burok dan menggelikan nak mintak markah lebih kat lecturer pun pasti x dilayan dua2 belah mata...

see..ayat2 aku suma ayat stresssssss dan sumanya negative..ok chow..sila lari laju2 kalo jumpa aku...