21 June 2012
Hari ni, 1st day aku masuk kerja as Quantity Surveyor. Sepatutnya aku kena masuk kerja 20hb, tapi aku meroyan x mau pergi dengan alasan, aku x suka kerja tu sebab kerja tu aku x suka dan bukan bidang aku, aku blaja Civil Engineering dan Quantity Survey ni aku di ajar x mendalam sangat, sebab ia ada jurusan khusus untuk QS ni. Kalo aku ambik Degree in Quantity Surveyor ok la kan..ni x..lagi satu gaji yg d beri x berpatutan..bukan demand tapi kalo ikut rate dalam jobstreet, fresh graduate degree engineer mcm aku ni boleh dapat 2 kali ganda dr gaji yg di tawarkan oleh syarikat ni.
Masa hari pertama masuk, seharian aku bergenang air mata coz I hate it so much. Dalam hati memg x suka langsung! Balik2 terus buat drama! Menangis macam orang gila. Parking merata. mula2 parking kat depan kedai kunci, pastu cakap ngan mama sambil sedu sedan. pastu ada org parking kat sebelah kereta. Untuk elak org pikir bukan2 aku pun drive balik. On the way balik, kat trafik light, bapak aku kol, kat situ air mata aku dah mengalir2 tanpa henti, minah kilang dalam bas usha aku semacam, sampai tertoleh ke belakang(bas beliau mendahului aku). Itu samada beliau ingat aku ini artis pujaan beliau atau aku nampak sangat stylist dengan shades aku atau dia memang nampak aku menangis! hahaha
pas dah dekat nak sampai kat rumah, bapak aku kol lagi, ia la beliau pun risau kot2 aku buat bukan2 time tekanan camtu, hmm x patut buat bapak aku risau :( .
Hari Kedua dan seterusnya
Feel better, aku da dapat rentak kerja aku, dan aku makin selessa dengan kerja aku, dan aku dah nak berenti pun sebab dapat offer keja yg lagi massyuukk !~ Alhamdulillah
Sebelum aku keluar dari ipoh. Aku nak jalan puas2. Kaki explore mcm aku ni memg kena la. Ipoh sebelum ni memg aku x penah jejak langsung. So aku ambil kesempatan ni untuk mengenali ipoh dengan g melawat tempat2 yg feemess kat sini. Hidup sorang2 di negeri orang with no relative and friends x la teruk sangat. As long as you brave, independent, strong heart, like to try new things and friendly tu dah cukup baik. Sejak akhir2 ni aku rasa aku semakin adventurous. Aku redah Ipoh gitu ja with no fear. Bahaya betul kan? hmm
Ada gps boleh la ckap with no fear...hhahaha..bateri habis terus balik rumah..betul! aku redah Ipoh pakai gps ja suma. =D
#Semalam kecewa bila dapat tahu budak yang aku suka tu suka kat org lain..hmm dok melepas macam tu jee leee aku ni.. Entah bila nak jumpa jodoh aku...tapi melalui pemerhatian aku, kami gila banyak instinct okey! sixth sense aku x penah salah..hmm ntah la..tunggu dan lihat je leeee nampaknyeee... Lepas kecewa camtu terus aku bertekad nak buang jauh2 feeling cinta, jatuh hati etc ni..nak fokus kerja, live andd making a lot of money!
No comments:
Post a Comment