Friday, June 29, 2012

I LOVE MY BFF

Di saat ni, aku baru ja lepas baca blog Yusrinda, terharu mak !! Kisah aku pun ada..ahahahaha...terus dapat idea nak story apa...

Yusrinda, 
                Siti Zanariah, 
                                       Siti Hajarul Aswani, 
                                                                        Sharifah Sofiah,
                                                                                                   Aishah, 
                                                                                                                Intan, 
                                                                                                                          Norhaffiza 
Nama nama ni adalah merupakan bff aku. Mereka sahabat terbaik pernah aku jumpa.

Susah nak cari real friends mcm mereka ni.

Sebenarnya aku terlupa sama ada aku dah ucap thanks atau belum. Tempoh hari cermin kereta aku pecah kat highway Sungai Bakap, Penang, so Yus and Zana banyak membantu aku. Thanks a lot to them for helping me even penat baru balik kerja. kalo x kerna mereka mesti aku dah kena kencing dengan macha workshop tu~~ memang kawan yang setia...kawan susah dan senang aku(betul ke ayat ni) thanks to my parents too.. rasa mcm useless gila, sebab asyik susahkan parents aku lately..hmmm..must do something to make them happy..love them so much..

and you know what????!!!. Aku drive balik Kedah tanpa cermin, dan pakai shades malam2..awesome dude !! hahaha..

Sampai kat Sungai Petani, ada plak polis buar roadblock..d gagau2 nya cermin aku sampai ke dalam

Eh, Eh, mana cermin ??
Owh, Cermin saya pecah, ni nak p simpan rumah sedara, yang kat depan tu kereta abah saya.
Ok, hati2 bawak malam2 ni..
#aku berinteraksi pakai cermin depan tu k, hahaha, xpayah susah2 bukak cermin tepi..sumpah cool !

nasib baik x kena tahan, abang polis yang comel tu sangat baik..hehehe...malam tu memang banyak jugak abuk masuk mata, ialah, aku bukak shade bila sampai kat tempat2 cerah, malu nnt orang usha pelik..Esoknya tu aku g cek kat doktor pakar mata kot2 ada kaca2 kecik sesat masuk mata. dan doktor tu cakap, mata aku okey, dan kalao kaca kecik masuk pun dia akan keluar sendiri. Malam sebelum tu aku punya la takut nak tido, takut time pejam mata, kaca2 sesat yg ada dalam mata aku tu akan ke belakang bebola mata dan memotong semua urat2 mata DAN lepas tu aku akan bangun dalam keadaan BUTA..oh my..hebat x imaginasi aku?? padahal ok ja pun aku bangun pada keesokan harinya tu..

hehe..itu ajalah ceritanya..otak dah berkecamuk..x boleh pikir dengan baik..#tiba2 kena cancelkan trip ke Australia gara2 baru dapat kerja dan family suruh fokus kerja baru tu dulu... aaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
tension aku !!!!!!!!!!!!!!!!!



Thursday, June 28, 2012

Keluhan

21 June 2012

Hari ni, 1st day aku masuk kerja as Quantity Surveyor. Sepatutnya aku kena masuk kerja 20hb, tapi aku meroyan x mau pergi dengan alasan, aku x suka kerja tu sebab kerja tu aku x suka dan bukan bidang aku, aku blaja Civil Engineering dan Quantity Survey ni aku  di ajar x mendalam sangat, sebab ia ada jurusan khusus untuk QS ni. Kalo aku ambik Degree in Quantity Surveyor ok la kan..ni x..lagi satu gaji yg d beri x berpatutan..bukan demand tapi kalo ikut rate dalam jobstreet, fresh graduate degree engineer mcm aku ni boleh dapat 2 kali ganda dr gaji yg di tawarkan oleh syarikat ni.

Masa hari pertama masuk, seharian aku bergenang air mata coz I hate it so much. Dalam hati memg x suka langsung! Balik2 terus buat drama! Menangis macam orang gila. Parking merata. mula2 parking kat depan kedai kunci, pastu cakap ngan mama sambil sedu sedan. pastu ada org parking kat sebelah kereta. Untuk elak org pikir bukan2 aku pun drive balik. On the way balik, kat trafik light, bapak aku kol, kat situ air mata aku dah mengalir2 tanpa henti, minah kilang dalam bas usha aku semacam, sampai tertoleh ke belakang(bas beliau mendahului aku). Itu samada beliau ingat aku ini artis pujaan beliau atau aku nampak sangat stylist dengan shades aku atau dia memang nampak aku menangis! hahaha

pas dah dekat nak sampai kat rumah, bapak aku kol lagi, ia la beliau pun risau kot2 aku buat bukan2 time tekanan camtu, hmm x patut buat bapak aku risau :( .

Hari Kedua dan seterusnya

Feel better, aku da dapat rentak kerja aku, dan aku makin selessa dengan kerja aku, dan aku dah nak berenti pun sebab dapat offer keja yg lagi massyuukk !~ Alhamdulillah

Sebelum aku keluar dari ipoh. Aku nak jalan puas2. Kaki explore mcm aku ni memg kena la. Ipoh sebelum ni memg aku x penah jejak langsung. So aku ambil kesempatan ni untuk mengenali ipoh dengan g melawat tempat2 yg feemess kat sini. Hidup sorang2 di negeri orang with no relative and friends x la teruk sangat. As long as you brave, independent, strong heart, like to try new things and friendly tu dah cukup baik. Sejak akhir2 ni aku rasa aku semakin adventurous. Aku redah Ipoh gitu ja with no fear. Bahaya betul kan? hmm
Ada gps boleh la ckap with no fear...hhahaha..bateri habis terus balik rumah..betul! aku redah Ipoh pakai gps ja suma.  =D

#Semalam kecewa bila dapat tahu budak yang aku suka tu suka kat org lain..hmm dok melepas macam tu jee  leee aku ni.. Entah bila nak jumpa jodoh aku...tapi melalui pemerhatian aku, kami gila banyak instinct okey! sixth sense aku x penah salah..hmm ntah la..tunggu dan lihat je leeee nampaknyeee... Lepas kecewa camtu terus aku bertekad nak buang jauh2 feeling cinta, jatuh hati etc ni..nak fokus kerja, live andd making a lot of money!

Monday, June 18, 2012

Pray for me pls~

The only one that I hope is I can get the job that I really want which is Engineer. I dont care Engineer Kumbahan or whatever. As long as there have a word - ENGINEER.

Sunday, June 10, 2012

Impian Tercapai

9 JUNE 2012

Xkan ku lupa date ni. Haa laa, td chek p audition Masterchef k! Walopon x terpilih [kecewa :( ] aku tetap puas hati sebab impian aku untuk merasa audition Masterchef tercapai. Macam mimpi, Chef Zubir dan Chef rasa makanan I . U all ado ?!! hehe..dan macam mimpi jugak aku g audition..belum pernah mana2 family aku atau sedara mara g audition. Orang ckap "belum cuba belum tau, bila dah cuba baru tau". Hehe.

 Actually, kawan baik aku Jard and mak beliau pun join jugak audition ni dan mereka terpilih. I'm happy for them! Memang di akui, mereka pandai masak, tiap kali aku g rumah mereka pasti ada makanan enak di jamu dan aku suka masakan mereka yg nyummehh tu. Ewah ayat aku.Bahasa buku. NAAHHHAAI~~

Mel la aku crita sikit bagaimana keadaan aku time g audition tu.

Aku sebenarnya target nak g awal, pukul 7am dah bertolak dari rumah dan bangun pukul 6am. Almaklumla, jarak rumah aku ke Hotel Bayview Penang tu memakan masa 1 jam 30 minit. So tolak sesat dan terlajak2 jalan. dalam pukul 9 boley la sampai. Dan aku bangun pukul 8.00am @_@. Kelam kabut aku. Thanks to my brother sebab sudi teman kakak beliau yg agak huru hara ni..haha..
Resepi last minit decide, pukul 10 baru start buat then pukul 5 baru dok isi borang pendaftaran yg soalannya panjang berjela..aku jawab ikut sedap hati aku jah!

Salah satu soalannya, apakah situasi yg paling sukar anda pernah alami? Tahu apa aku jawab? = Meluahkan perasaan kepada prince charming yang saya suka dia..haha..crazy girl!

Berbalik kepada cerita, bila dah sampai, aku pun g la daftar, kemudian di soal samada aku ni pernah kerja dengan kulinari atau tidak. you know what?! kalo berniaga goreng popia ke char keow teow pun x boleh k.gila straight. Kesian sorang pak cik tu, da bawak makanan bagai then x boleh masuk. Kecewa ja aku tgok beliau.

Bila da daftar, peserta diminta masuk dalam satu bilik. Kat situ tempat semua peserta berkumpul dan menunggu giliran g plating. Elok2 duduk, abang kamera datang zoom aku. Seriously?! haha..aku pun pose senyum ja lah. Then he said tQ. Auw..rasa mcm artis. Before plating time, peserta diberi masa untuk panaskan makanan guna microwave.

Dalam bilik plating, 10 orang peserta akan masuk . No bertuah aku 0052. So apabila tiba masanya No 0051- 0060 diminta masuk. X berdebar langsung! Masa buat, aku bawak keluar semua barang2 aku atas meja. Dan d beri masa hanya 5 minit untuk plating. Argh. time ni aku menggeletar gila sebab takut x cukup masa. dan memang pun! Aku x sempat kemas meja, aku rasa meja aku paling SEPAH. Pastu Chef Zubir suruh kemas2 dulu. AAaaaaaa!!! MALU gila !! Time aku menggeletar tu, boleh plak abang kamera tu dok fokus then cakap 'senyum sikit, senyum sikit, haaa, ok' ..haha..sekali lagi aku rasa mcm artis..Nak tau nama masakan aku? Nama masakan aku "Puding kastard ala santai" hahaha..Sebenanya aku nak letak "puding kastard si dara bujang" haha..mcm over la so x jadik..

Bila chef dah rasa semua makanan, dan tanya2 soalan pada semua peserta. Beliau pun g discuss lam 5 miinit kat luar. Time tu abang2 kemera, light, director semua serbu masuk, rasa makanan kami semua..haha..entah apa rasa la makanan aku sebenarnya..hehe.. Abang kemre tu (lagi), berdiri lama rasa makanan i..owh~~

Bila masa pengumuman, they said "action"(dapat merasa shooting mcm mana dalam audition masterchef ni) , chef Zubir pun mengumumkan peserta yg berjaya ke second stage. Dan nak buat mcam mana, xdak rezeki, aku x berjaya, maybe sebab meja bersepah, dan aku ada jawab salah masa di soal. Tidak mengapa pengalaman mengajar kita dan ada hikmah di sebaliknya. Dan aku cool ja bila nama x d sebut, ya lah, tengah recording x kan nak buat muka cacat kot,kot2 kuar tv nnt malu..hehehe..akak sebelah aku tu masam ja muka.ialah, beliau dari perlis bertolak pukul 5am g audition, pastu x dapat, kecewa teruk agaknya..

Untuk menggembirakan hati aku yang kecewa, aku pun g la shopping kat Plaza Gurney, serta jalan2 sampai kaki kejang.

The End